Berita Utama

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin

Berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah

KUALA LUMPUR, 29 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pantai di beberapa negeri utara Semenanjung hingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan lewat malam tadi memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan Selat Melaka Utara dalam tempoh tersebut dan ia boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button