Berita UtamaPendapat

Kemelut politik berpunca daripada masalah manusia, sistem

Tambah baik sistem boleh kurangkan salah laku

MANUSIA adalah segala-galanya. Tapi menambah baik sistem boleh mengurangkan salah laku manusia, walaupun tidak 100 peratus.

Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan kita hari ini masih banyak yang perlu diperbaiki.

Mungkin kita boleh senaraikan kelemahan yang patut diperbaiki dari sudut sistem.

Berikut lontaran saya, secara spontan dan rawak.

1- Tiada peraturan yang menghalang wakil rakyat lompat parti, menyebabkan hilang kestabilan politik.

2- Kuasa presiden parti dalam menentukan calon pilihan raya amat besar malah mutlak, menyebabkan ramai orang yang layak diketepikan kerana kepentingan peribadi presiden.

3- Sistem pemilihan sebahagian besar senator juga berada di bawah kerangka kepartian, bukan berdasarkan kelayakan profesional, menyebabkan Dewan Negara kurang berfungsi dalam mengimbangi ketidakstabilan Dewan Rakyat.

4- Tiada silibus pendidikan yang solid tentang jati diri negara diajar di peringkat sekolah, menyebabkan kekeliruan pemikiran yang kronik dalam kalangan sebahagian generasi muda dalam soal politik, membawa pemikiran yang bertentangan dengan aspirasi jati diri negara seperti komunisme, sekularisme dan lain-lain.

5- Tiada had tempoh penggal bagi wakil rakyat menyebabkan posisi sebagai wakil rakyat dijadikan sebagai lubuk mengumpul harta kekayaan serta mengaut kepentingan peribadi yang lain.

6- Tiada peraturan yang ketat dalam soal pembiayaan pilihan raya, menyebabkan berleluasanya pengaruh kapitalis ke atas pembuat dasar negara, yang merugikan rakyat.

Saya rasa, jika diperbaiki sistem di atas ini pun sudah mampu memberi kesan yang cukup besar.

Tapi soalnya, siapa yang akan buat peraturan ini?

Mengharapkan ahli-ahli politik sedia ada untuk melakukan perubahan ini ibarat menyerahkan nasib kambing kepada harimau yang lapar.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Mantan Naib Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button