Berita Utama

SPRM tahan pengerusi bergelar Datuk disyaki terima rasuah RM16 juta

Suspek berdepan 160 pertuduhan di bawah AMLATFA 2001 dan AMLATFAPUAA 2001

GEORGE TOWN, 1 Zulhijjah 1442H, Ahad – Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta.

Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001).

“Penahanan Datuk itu adalah berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Ogos tahun lalu,” katanya.

Katanya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok atas kesalahan menerima rasuah berupa wang dan barangan berharga dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.

Difahamkan, beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai ini.

Ketika dihubungi, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean mengesahkan tangkapan berkenaan. Bwenama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button