Berita UtamaDunia

Bangladesh longgar sekatan sempena Aidiladha

Mampu normalkan aktiviti ekonomi menjelang perayaan

DHAKA, 3 Zulhijjah 1442H, Selasa – Walaupun jangkitan baharu melonjak ke tahap tertinggi, kerajaan Bangladesh melonggarkan sekatan pergerakan sempena perayaan keagamaan kedua terbesar di negara itu.

Kabinet berkata, semua sekatan akan dilonggarkan di negara yang majoriti muslim berjumlah 169 juta orang mulai Khamis ini menjelang perayaan Aidiladha yang akan disambut pada 20 hingga 22 Julai tahun ini.

Kelonggaran sekatan itu akan menormalkan aktiviti ekonomi menjelang perayaan, katanya.

Kebiasaan menjelang perayaan Aidiladha, puluhan juta rakyat pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut perayaan itu.

Bangladesh mengetatkan sekatan pada awal bulan ini susulan kes dan kematian COVID-19 baharu meningkat.

Di bawah sekatan itu, rakyat hanya dibenarkan keluar daripada rumah untuk kes kecemasan dan membeli barang keperluan.

Bahkan pengangkutan awam, kedai serta pejabat ditutup.

Biarpun begitu, jangkitan terus meningkat, dengan hampir 14,000 orang disahkan positif pada Isnin – catatan harian baharu – menjadikan jumlah kes lebih daripada satu juta.

Angka kematian meningkat atas 16,600, namun pakar mengatakan jumlah sebenar boleh menjadi jauh lebih tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button