Berita Utama

PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini

Kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas: CITF

KUALA LUMPUR, 3 Zulhijjah 1442H, Selasa – Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebarang butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button