Berita Utama

Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO

Galas jawatan Tajuddin kuat kuasa serta merta

BANGI, 3 Zulhijjah 1442H, Selasa – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Pelantikan Mohamad Hasan itu menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas jawatan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid menjelaskan, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan YB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.

“UMNO ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button