Berita UtamaDunia

Arab Saudi jamin campur vaksin pelbagai jenama selamat

Selagi mana vaksin diguna telah dilulus oleh pihak kerajaan

RIYADH, 4 Zulhijjah 1442H, Rabu – Arab Saudi memberi jaminan bahawa menggabungkan dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai jenama adalah selamat, selagi vaksin itu telah diluluskan oleh kerajaannya, lapor agensi berita WAM, hari ini.

Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Mohamed al-Abdali menyatakan , bahawa prosedur itu telah dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di beberapa negara, menurut Saudi Press Agency (SPA).

“Tafsiran yang salah disebarkan di media tentang apa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia mengenai pencampuran vaksin. 

“Kami mengesahkan keselamatan mencampurkan vaksin yang dipersetujui di Arab Saudi, berdasarkan (input dari) penyelidikan antarabangsa dan jawatankuasa ilmiah khusus, kerana prosedur ini disahkan oleh WHO dan sejumlah negara dunia,” kata Dr al-Abdali.

Vaksin Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna setakat ini telah diluluskan di Arab Saudi.

Lebih daripada 20 juta dos vaksin telah diberikan di negara itu setakat ini, yang bermaksud bahawa sekurang-kurangnya 58 peratus penduduknya diinokulasi dengan satu dos.

Menurut data COVID-19 dari Reuters, rata-rata sekitar 183,807 dos diberikan setiap hari di Arab Saudi.  

Sekiranya negara itu terus melakukan vaksinasi pada kadar ini, ia memerlukan 38 hari lagi untuk memberi dos yang cukup kepada 10 peratus penduduknya, lapor Reuters. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button