Dunia

Pilihan raya Parlimen Lubnan tetap diadakan pada 2022

Berdepan krisis ekonomi buruk, nilai mata wang jatuh

BEIRUT, 4 Zulhijjah 1442H, Rabu – Presiden Lubnan, Michel Aoun mengesahkan pilihan raya Parlimen negara itu akan diadakan dalam tempoh yang telah ditetapkan pada tahun 2022. 

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Aoun memaklumkan kepada bekas Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU), Elena Valenciano bahawa pemilihan Parlimen akan berlangsung tepat pada waktu iaitu ketika musim bunga tahun hadapan.

Aoun bertemu dengan Valenciano di Istana Presiden di Baabda timur Beirut, selain menyambut baik EU untuk memantau pilihan raya itu.

“Lubnan mengalu-alukan kehadiran pemerhati Eropah untuk memantau, sebagaimana yang berlaku pada tahun 2018,” kata Aoun. 

Lubnan akan mengambil langkah-langkah tepat sehingga pilihan raya berlangsung dalam suasana demokratik dan aman, untuk memastikan penyertaan rakyat menyeluruh dalam pemilihan berkenaan. 

Negara itu sehingga kini masih berada dalam fasa pembentukan kerajaan baharu di tengah perbezaan antara Aoun dan calon Perdana Menteri, Saad Hariri. 

Lubnan berdepan krisis ekonomi yang buruk dengan kehilangan semua nilai mata wang tempatan, selain tunjuk perasaan meluas di seluruh negara.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button