Berita UtamaDunia

Letupan dahsyat di Beirut umpama bom atom Hiroshima, Nagasaki

Letupan dirasai hingga ke Cyprus kira-kira 200 kilometer dari lokasi

BEIRUT, 15 Zulhijjah 1441H, Rabu – Letupan dahsyat di Beirut umpama pengeboman nuklear Hiroshima dan Nagasaki Jepun, demikian gambaran Gabenor Beirut, Marwan Abboud menceritakan situasi bencana yang berlaku sambil menitiskan air mata.

Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh, manakala ribuan lagi cedera dalam letupan di sebuah gudang di pelabuhan Beirut, Lubnan.

Dilaporkan, ramai mangsa terperangkap di bawah serpihan runtuhan bangunan, misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Hospital-hospital di bandar Lubnan dipenuhi dengan mangsa-mangsa yang cedera dan jumlah kematian dijangka meningkat

Letupan dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan di gudang di kawasan pelabuhan. Letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab dalam ucapannya merayu semua negara termasuk negara jiran Lubnan untuk menghulurkan bantuan kepada negara kecil itu.

Beliau menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab ke atas letupan itu akan menerima hukuman tanpa mengulas sebabnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button