Berita UtamaDunia

135 ulama, imam ditugas bimbing jemaah haji tahun ini

Talian telefon 10 bahasa disediakan untuk beri maklum balas terhadap pertanyaan jemaah

JEDDAH, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi menugaskan seramai 135 ulama dan imam untuk memberikan bimbingan agama kepada jemaah haji semasa ibadah haji yang akan datang.

Melaluinya para ulama dan imam akan bersedia untuk menjawab pertanyaan jemaah berkaitan dengan ibadah haji.

“Langkah itu seiring dengan arahan kepemimpinan Arab Saudi untuk memberikan semua layanan bagi jemaah haji untuk melakukan ibadah mereka dengan tenang,” kata kementerian itu.

Selain itu, talian telefon juga telah disediakan untuk memberikan maklum balas automatik terhadap pertanyaan jemaah dalam 10 bahasa.

Bahasa yang disediakan ialah Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Hindi, Urdu, Hausa, Indonesia, Bengali, Amharic. 

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan, jemaah haji akan diterima pada 17 dan 18 Julai di empat pusat.

Mereka diterima di empat pusat wilayah sebelum dibawa ke Masjidil Haram dengan bas untuk mengerjakan tawaf ketibaan sebelum menuju ke tanah suci.

Permit dikeluarkan kepada warganegara dari 150 negara dan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini serta kumpulan umur tertentu.

Kementerian Haji dan Umrah juga meminta semua jemaah yang memenuhi syarat mendapat permit mengerjakan haji tahun ini untuk mengunjungi pusat vaksin terdekat bagi mengambil dos suntikan COVID-19 kedua sebagai langkah berjaga-jaga. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button