Berita UtamaDunia

19 maut akibat banjir besar di Jerman

Pihak berkuasa isytihar darurat selepas hujan lebat beberapa hari

BERLIN, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan puluhan lagi hilang susulan banjir besar di Jerman.

Pihak berkuasa di daerah barat Euskirchen pada Khamis berkata, lapan kematian dilaporkan di sana berkaitan banjir.

Operasi menyelamat terbantut ekoran sambungan telefon dan internet terganggu di sebahagian wilayah, yang terletak di barat daya Cologne.

Sementara itu, polis di bandar barat Koblenz berkata, empat orang terkorban di daerah Ahrweiler dan sekitar 50 orang yang lain terperangkap di bumbung rumah mereka menunggu untuk diselamatkan.

Manakala, enam buah rumah runtuh semalam di kampung Schuld.

“Ramai orang dilaporkan hilang,” kata polis.

Sejauh mana kerosakan di wilayah itu masih belum jelas, selepas banyak kampung terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh yang membuatkan jalan sukar dilalui.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan kereta tenggelam dan sebahagian rumah runtuh di beberapa tempat.

Pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat di wilayah itu setelah hujan lebat selama beberapa hari yang turut mempengaruhi sebahagian besar barat Jerman dan tengah, serta negara-negara jiran, menyebabkan kerosakan yang meluas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button