Berita UtamaDunia

Kematian akibat ‘overdose’ dadah meningkat 30 peratus di AS

Pengambilan opiat berlebihan oleh kanak-kanak, remaja meningkat 3 kali ganda

WASHINGTON, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod baru iaitu 93,000 orang sepanjang tahun lalu, peningkatan sebanyak 30 peratus ketika pandemik COVID-19.

“Kematian akibat dos berlebihan daripada opiat sintetik (terutamanya fentanyl) dan psikostimulan seperti methamphetamine juga meningkat pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. 

“Kematian kokain juga meningkat pada tahun 2020, begitu juga dengan kematian akibat opiat semula jadi dan semi sintetik (seperti ubat penahan sakit),” kata Pusat Statistik Kesihatan Nasional CDC (NCHS) dalam satu kenyataan, semalam.

Ia berkata, keadaan ketika ini merupakan satu tempoh yang memberi tekanan dan penuh dengan ketidakpastian untuk orang ramai.

“Kami melihat peningkatan penggunaan dadah, kesukaran untuk mengakses rawatan menyelamatkan nyawa bagi penagih dan peningkatan tragik kematian akibat pengambilan dadah berlebihan,” kata Pengarah Institut Nasional Penyalahgunaan Dadah, Dr Nora Volkow dalam satu kenyataan lain.

Angka kematian akibat pengambilan opiat berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja AS meningkat tiga kali ganda sejak dua dekad terakhir, satu kajian baru menunjukkan.

Beberapa negeri dan bandar AS telah mengajukan tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana CDC menyatakan bahawa dari tahun 1999 hingga 2019, hampir 500,000 orang mati akibat pengambilan sebarang opiat berlebihan, termasuk dadah terlarang.

“Gelombang pertama wabak ini bermula pada akhir 1990-an, dengan peningkatan dalam dos berlebihan yang melibatkan opiat yang dipreskripsi.

“Fasa seterusnya bermula pada tahun 2010, dengan peningkatan dramatik kematian berlebihan yang melibatkan heroin.

“Pada tahun 2013, fasa ketiga dimulakan dengan peningkatan angka maut yang melibatkan opioid sintetik, terutama fentanil yang dihasilkan secara haram,” katanya. 

Opiat adalah sekumpulan dadah yang bertindak balas terhadap reseptor opiat (tapak penerima kesan tindakan hormon) di dalam tubuh badan terutamanya sistem saraf dan saluran pencernaan. 

Sering kali semua opiat disalahgunakan, dan kebiasannya opiat yang disalah guna adalah heroin, ubat tahan sakit berasaskan opioid dan ubat batuk yang mengandungi codeine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button