Berita Utama

Netizen kecam KPM kewajaran lepasan UEC sertai PISMP

Tiada keperluan beri keistimewaan pada calon lepasan UEC

BANGI, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Hebahan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menerima kritikan hebat.

Semalam, KPM memuat naik poster mengenai pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA).

Pengambilan fasa 2 tahun 2021 itu turut terbuka kepada lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Ugama (SMU) dan UEC.

Bagaimanapun tinjauan di Facebook KPM mendapati, rata-rata pengguna media sosial melepaskan geram mengenai hebahan berkenaan.

Netizen dikenali sebagai Muhammad Hasif mempersoalkan kewarasan KPM berkaitan pengiktirafan UEC.

“Sebagai sebuah kementerian yang mempunyai salah satu objektif untuk memupuk semangat perpaduan melalui pendidikan, di mana letaknya kewarasan kamu semua untuk mengiktiraf UEC?,” soalnya.

“UEC? Masih nak ikut telunjuk puak paling hidung tinggi, paling kuat membantah dan paling biadab dekat Malaysia? Bukalah semua peluang dekat bangsa itu, nanti Melayu merempat tak habis-habis. Sebab orang Melayu sendiri menjatuhkan anak-anak Melayu,” demikian kata Farah Idayu.

“Dalam senyap-senyap dah iktiraf UEC. Licik permainan mereka. Terbaik,” sinis Mohd Nor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan, tiada keperluan diberikan keistimewaan kepada calon lepasan UEC.

Ini kerana, katanya ia hanya menggalakkan lagi pertumbuhan sistem pendidikan yang tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Di antara subjek yang ditawarkan oleh SPM ialah Bahasa Cina.

“Cukuplah subjek itu menjadi syarat tambahan kepada calon guru untuk mengajar Bahasa Cina,” katanya dalam catatan ringkas di akaun Facebook.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button