Berita Utama

Vaksin: Pemberian dos harian terus meningkat dengan 460,158 semalam

Jadikan ia jumlah dos tertinggi pernah diberikan setakat ini

KUALA LUMPUR, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 13,107,716 dos. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button