Dunia

Wanita Pertama Turkiye sambut baik draf resolusi Islamofobia PBB

Langkah pertama capai keharmonian pada umat Islam seluruh dunia

ANKARA, 29 Syawal 1444H, Sabtu – Istilah Islamophobia dimasukkan dalam draft resolui berikutan inisiatif Wakil Tetap Turkiye yang dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Emine Erdogan, menerusi ciapan di Twiter berkata, keputusan itu akan mempercepatkan usaha memerangi jenayah yang dilakukan secara terbuka terhadap penganut agama Islam.

Kemasukan istilah “Islamophobia” dalam draf resolusi UNESCO mengenai diskriminasi dan perkauman adalah langkah positif untuk semua masyarakat Islam dan masyarakat pada umumnya, kata Wanita Pertama Turki pada hari Jumaat, lapor Anadolu Agency.

“Saya berharap keadilan dan toleransi akan diterapkan dalam persekitaran di mana negara yang dilihat sebagai pusat demokrasi dan kebebasan berdiam diri terhadap peningkatan kebencian dan diskriminasi,” tambahnya.

Turkiye mengambil langkah konkrit untuk menangani isu Islamofobia di peringkat global dan pakar menyatakan bahawa negara itu boleh memimpin orang lain dengan menginstitusikan memerangi masalah itu.

Para pegawai Turkiye terus menerus menyeru para pemimpin dunia untuk mengambil tindakan untuk menghentikan perbuatan jahat terhadap umat Islam dan telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang semakin meningkat. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button