Berita Utama

IRIS Institute bakal anjur persidangan antarabangsa pertama ICRIS 2021

Bincang kemampuan Malaysia urus sumber nasional dari ancaman global

BANGI, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – IRIS Institute bakal menganjurkan persidangan antarabangsa tahunan pertama ‘International Conference On Interdisciplinary and Strategi Studies (ICRIS) 2021’ pada 12 Ogos depan.

Persidangan yang bertemakan ‘Kemampanan dan Kemandirian Sumber Nasional’ itu bertujuan membincangkan kemampuan Malaysia dalam mengurus serta membangunkan sumber nasional bagi mencapai tahap keselamatan yang utuh terhadap ancaman global.

Ini kerana, Malaysia memiliki sumber mineral bernilai RM4.11 trilion yang dapat digunakan untuk pembangunan industri di negara ini.

Malah, negara juga memegang pasaran global untuk pusat data yang bernilai RM900 juta dan berpotensi untuk menjadi hab data serantau, selain memiliki 69.7 peratus rakyat yang terdiri daripada golongan muda dan bekerja berusia 15 hingga 64 tahun.

Bagaimanapun, pandemik COVID-19 menyebabkan pertumbuhan ekonomi Malaysia menyusut sebanyak 5.6 peratus dan kadar pengangguran meningkat kepada 5.5 peratus.

Justeru, IRIS Institute menyifatkan terdapat keperluan untuk membincangkan mengenai perkara itu menerusi persidangan yang terbuka kepada golongan pelajar, ahli akademik, penyelidik untuk penerbitan kertas kerja.

Prosiding persidangan akan disediakan dan kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam jurnal berindeks, IJISTRA.

Persidangan yang diadakan secara atas talian itu turut menampilkan dua penceramah utama iaitu Prof Madya Dr Aznan Hasan dan Prof Madya Dr Farish Noor.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 30 Julai melalui https://bit.ly/ICRIS2021 atau boleh mendapatkan maklumat lanjut persidangan dengan melayari laman web ICRIS 2021 di https://www.event.iris.institute/.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button