Berita Utama

Isu PISMP: Apakah kerajaan sudah iktiraf UEC?

Jangan iktiraf walau didesak, UEC ancaman perpaduan nasional

BANGI, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Sekalipun didesak, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti bertegas untuk tidak sesekali mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Tindakan itu perlu bagi memastikan dasar pendidikan negara yang berteraskan kepada bahasa Melayu sebagai pengantar utama terus dimartabatkan.

Bagaimanapun timbul persoalan sama ada kerajaan sudah mengiktiraf UEC susulan hebahan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai sijil UEC.

“Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021.

“Permohonan bagi program tersebut bermula pada 16 Julai 2021 dan pemohon boleh layari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut,” katanya.

Mengulas perkara itu, Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Haji Mohd Tahir Hamdan berkata, beliau nyata terkejut dengan iklan pengambilan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan, pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Oleh itu, Haji Tahir menggesa kerajaan bertegas untuk tidak mengiktiraf UEC meskipun didesak mana-mana pihak.

“UEC juga adalah ancaman utama kepada perpaduan nasional.

“Mustahil untuk memupuk perpaduan nasional dengan menerima sistem pendidikan Taiwan bagi diamalkan di Malaysia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button