Berita UtamaDunia

Mahkamah EU putuskan majikan boleh larang pekerja pakai tudung

Dua wanita Jerman digantung kerja selepas mula berhijab

BRUSSELS, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa majikan boleh melarang pemakaian simbol kepercayaan agama atau politik yang kelihatan, seperti tudung.

“Larangan memakai sebarang bentuk ekspresi politik, falsafah atau kepercayaan agama di tempat kerja boleh dibenarkan oleh keperluan majikan untuk menunjukkan imej yang neutral terhadap pelanggan atau bagi mengelakkan perselisihan sosial.

“Namun, justifikasi itu harus sesuai dengan keperluan sebenar daripada pihak majikan serta mendamaikan hak dan kepentingan terhadap isu.

“Mahkamah kebangsaan dapat mempertimbangkan konteks khusus daripada Negara Anggota dan khususnya peruntukan nasional yang lebih baik mengenai perlindungan kebebasan beragama,” kata mahkamah.

Kes itu dibawa ke mahkamah oleh dua wanita di Jerman yang digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab.

Kedua-dua wanita itu – penjaga keperluan khas di pusat jagaan kanak-kanak di Hamburg yang dikendalikan oleh sebuah badan amal dan juruwang di rantai farmasi Mueller – tidak memakai tudung ketika mereka mula bekerja.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memutuskan untuk melakukannya bertahun-tahun kemudian selepas bercuti.

Biarpun begitu, mereka diberitahu oleh majikan masing-masing bahawa tindakan itu tidak dibenarkan dan pada titik yang berbeza sama ada digantung, diberitahu untuk datang bekerja tanpa hijab atau melakukan pekerjaan lain, menurut dokumen mahkamah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button