Berita UtamaDunia

Arab Saudi beli lima pesawat baharu khas untuk pembenihan awan

Negara kedua di dunia miliki pesawat penyelidikan

RIYADH, 21 Syawal 1444H, Jumaat – Arab Saudi mengumumkan pembelian lima buah pesawat baharu yang akan digunakan khusus bagi Program Pembenihan Awan Serantau.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi, Abdulrahman Al-Fadhli berkata, daripada jumlah itu, empat pesawat akan digunakan untuk pembenihan awan, manakala satu lagi diperuntukkan untuk penyelidikan dan kajian cuaca serta iklim.

“Projek pembelian pesawat pembenihan awan bertujuan membina kapasiti domestik, memindahkan pengetahuan setempat, memastikan kemampanan perniagaan, meningkatkan tahap liputan dan kecekapan pembenihan awan.

“Selain mengurangkan kos yang disertakan bagi operasi pesawat dengan menyediakan pesawat persendirian dilengkapi keupayaan dan teknik pembenihan awan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Alam Sekitar, Dr Osama Faqiha, mengesahkan Arab Saudi sebagai negara kedua di dunia yang memiliki pesawat penyelidikan berkaitan pembenihan awan.

Katanya, program pembenihan awan industri bertujuan meningkatkan sumber air, membangunkan tumbuh-tumbuhan selain mendapat manfaat daripada sumber air yang boleh diperbaharui. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button