Berita UtamaDunia

Tentera Zionis, penduduk haram Israel komplot bunuh rakyat Palestin dalam masa sehari

Turut diserang sekolah, selain cabut pokok ara dan zaitun

GAZA, 7 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Empat rakyat Palestin dibunuh dalam masa sehari pada bulan Mei oleh tentera pengganas Israel yang merancang serangan dengan penduduk haram Israel, menurut penyelidikan oleh Intercept.

Serangan bersama itu dilakukan pada 14 Mei, dan menyebabkan empat orang Palestin mati termasuk Nidal Safidi, 30, dari kampung Urif, yang berpusat di selatan Nablus.  

Dia ditembak dengan empat peluru – satu di dada dan satu di perut – dan meninggal kerana kecederaannya.

Ketua Dewan Kampung Urif, Mazen Shehadeh menjelaskan, kepada Intercept bagaimana sebilangan besar penduduk haram Israel bersenjata dan dilindungi oleh pasukan penjajah, menyerang dan melepaskan peluru ke arah warga Urif, termasuk di sebuah sekolah.

“Mereka mencabut hampir 60 pokok ara dan zaitun,” katanya lagi.  

Penduduk kampung dipanggil melalui menara masjid untuk segera membantu memadamkan kebakaran yang dicetus oleh penduduk haram Israel di tanah pertanian kampung.

“Kemudian mereka menyerang sekolah itu dengan batu dan memecahkan panel solar… ketika penduduk haram melakukan semua itu, tentera melindungi mereka dengan tembakan.

“Tentera memimpin serangan, memberi arahan, semuanya kelihatan tersusun. Mereka mengarahkan penduduk haram Israel, ke mana harus pergi, yang mana harus dicabut dan kemudian mereka menembak siapa saja yang cuba mendekat. Setelah beberapa minit, penduduk datang untuk melindungi kampung tersebut,” kata Shahadeh.

Penduduk haram Israel dan tentera pengganas juga melakukan serangan serupa di kampung Asira Al-Qibliya, di Nablus, kemudian di Iskaka di utara Tebing Barat yang diduduki dan yang ketiga di kampung Al Reihiya, di Gunung Hebron Selatan.

Serangan penduduk haram Israel ke atas penduduk Palestin sering berlaku di Tebing Barat, dengan penduduk haram sering melemparkan batu, merosakkan harta benda dan memusnahkan pokok zaitun milik penduduk tempatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button