Dunia

Kes melonjak, Thailand perketat sekatan 3 wilayah

Tutup pusat beli-belah dan laksana perintah berkurung

BANGKOK, 8 Zulhijjah 1442H, Ahad – Thailand memperketatkan lagi sekatan meliputi larangan perjalanan, penutupan pusat beli-belah dan perintah berkurung pada waktu malam ke atas tiga wilayah susulan peningkatan kes tiga hari berturut-turut. 

Negara itu merekodkan 11,397 kes jangkitan dengan 101 kematian pada Ahad, menjadikan keseluruhan kes kepada 403,386 dan 3,341 kematian. 

Sebahagian besar lonjakan kes yang berlaku sejak April didorong oleh varian berbahaya baharu COVID-19 – Alpha dan Delta. 

Menerusi ketetapan baharu hari ini, semua pusat beli-belah di wilayah Chonburi, Ayutthaya dan Chachoengsao akan ditutup dan perintah berkurung dilaksana bermula jam 9 malam hingga 4 pagi, berkuatkuasa mulai Selasa. 

Bangkok dan sembilan lagi wilayah lain telah berada di bawah sekatan ini sejak Isnin lalu, dalam usaha negara itu memerangi wabak pandemik yang paling berbahaya di dunia. 

Sebelum ini, kerajaan Thailand merancang memperkenalkan lebih banyak larangan pergerakan ekoran jumlah kes jangkitan terus meningkat. 

Biarpun beberapa daerah sudah melaksanakan perintah berkurung, namun pegawai kesihatan memberi amaran penularan wabak dijangka berlarutan selama beberapa bulan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button