Berita Utama

KKM tambah 5 ambulans untuk HTAR

Permintaan ‘luar biasa’ atasi keupayaan sedia ada

SHAH ALAM, 8 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah lima lagi ambulans untuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kata pengarah hospital berkenaan, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Menerusi laman Facebook HTAR, beliau berkata, tambahan itu berikutan keadaan darurat pada masa sekarang membabitkan penggunaan ambulans yang sangat tinggi atau disifatkan beliau sebagai ‘luar biasa’. 

“Panggilan yang diterima sangat banyak. Permintaan mengatasi keupayaan sedia ada,” katanya.

Dr Zulkarnain mengulas demikian susulan laporan sebuah portal dalam talian bahasa Inggeris semalam (17 Julai), yang mendakwa Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebagai berkata, dua individu dari kawasannya gagal mendapatkan ambulans untuk menerima rawatan COVID-19 di HTAR.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button