Berita UtamaDunia

AS suntik 337.74 juta dos vaksin COVID-19

161.23 juta orang selesai terima vaksin sepenuhnya

WASHINGTON, 9 Zulhijjah 1442H, Isnin – Amerika Syarikat (AS) telah memberikan 337,740,358 dos vaksin COVID-19 di negara itu sehingga pagi Ahad, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

Angka tersebut meningkat dari 337,239,448 dos mengikut maklumat CDC pada hari Sabtu.

Agensi itu mengatakan bahawa 186,038,501 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 161,232,483 orang telah diberi vaksin sepenuhnya pada hari Ahad.

Pemberian vaksin itu merangkumi dua dos vaksin dari Moderna dan Pfizer-BioNTech, serta vaksin sekali suntikan Johnson & Johnson pada jam 6 pagi (10.00 GMT) pada hari Ahad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button