Berita UtamaDunia

Biadab! PM Israel galak pencerobohan di Masjid al-Aqsa

Pemimpin muslim gesa rakyat Palestin kekal di masjid

TEL AVIV, 9 Zulhijjah 1442H, Isnin – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memerintahkan polis pendudukan ‘melindungi’ pencerobohan Masjid al-Aqsa secara teratur dan selamat yang dilakukan pendatang haram Yahudi. 

Menurut media Israel, perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Keselamatan Awam Israel, Omer Bar Lev dan Komisioner Polis, Yaakov Shabtai bagi menilai serbuan di Masjid al-Aqsa pada awal pagi semalam. 

Bennet memutuskan bahawa penceroboh Yahudi perlu terus menyerbu tapak suci itu, tanpa mengira ketegangan yang dicetuskan akibat daripada tindakan itu.

“Perdana menteri telah memerintahkan untuk membiarkan serbuan Yahudi secara teratur di Masjid al-Aqsa,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Masjid Al-Aqsa adalah tempat paling suci ketiga bagi umat Islam di mana sahaja.

Untuk mencegah serangan penduduk Israel di laman suci itu, para pemimpin dan ahli politik Muslim di kalangan masyarakat Palestin di Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza telah meminta rakyat Palestin untuk berkunjung dan kekal berada di Masjid Al-Aqsa.

Jerusalem Post melaporkan bahawa isteri Anggota Knesset, Itamar Ben-Gvir iaitu Ayala Ben-Gvir, mengatakan bahawa penting bukan hanya untuk duduk dan menangis tetapi untuk muncul dan pergi ke Masjid Al-Aqsa. 

Dia adalah antara peneroka yang menyerang Masjid pada pagi Ahad.

Pada hari Jumaat, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran bahawa Israel ‘bermain dengan api’ dengan membiarkan orang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa dan berarak di Kota Lama. 

Hamas menegaskan pihaknya tidak akan berdiam diri selagi mana pencerobohan di masjid berterusan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button