Berita Utama

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin lebih 14.7 juta dos

Labuan kekal negeri lengkap 2 dos vaksinasi tertinggi

KUALA LUMPUR, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini mencecah 14,772,221 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau memaklumkan peningkatan itu selepas 424,936 dos vaksin lagi diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,106 orang menerima suntikan pertama manakala 142,830 adalah penerima dos kedua.

“Perkembangan baru itu, menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,674,380 yang meliputi 14.3 peratus populasi rakyat negara ini,” katanya menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, hari ini.

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.6 peratus, diikuti Sarawak (45.7 peratus), Perlis (36.4 peratus), Lembah Klang (20.8 peratus) dan Negeri Sembilan (20.6 peratus). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button