Berita Utama

Kelantan terima 90,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech

Sebahagian vaksin CanSino dari China juga akan diberi akhir bulan ini

KOTA BHARU, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Kelantan dijangka menerima sekitar 90,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir minggu ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, vaksin itu akan digunakan di lebih daripada 80 pusat vaksinasi dan 60 klinik kesihatan di seluruh negeri.

“Pembekalan vaksin yang akan datang juga akan diberikan pada program jangkauan pemberian vaksin di seluruh negara,” katanya.

Seperti negeri lain, Kelantan tidak lagi akan mendapat dos vaksin Sinovac dari kerajaan Pusat pada akhir bulan ini tetapi sebaliknya akan mendapat Pfizer.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan lagi menghantar vaksin Sinovac COVID-19 ke Kelantan dan negeri-negeri lain kerana kebanyakan dos telah diberikan.

Menurutnya, kerajaan Pusat telah menempah 45.7 juta Pfizer dan 15.9 juta dos Sinovac.

Kelantan juga akan mendapat sebahagian daripada vaksin CanSino China setelah ia tiba akhir bulan ini.

Sementara itu, lebih daripada 500,000 rakyat Kelantan telah menyelesaikan dos vaksin pertama dan kedua pada hari Ahad.

Angka tersebut mewakili 10.63 peratus daripada mereka yang layak untuk vaksinasi.

Kota Bharu mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi akhir-akhir ini, diikuti oleh Pasir Mas dan Kuala Krai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button