Berita Utama

Kes baharu COVID-19 kembali meningkat, 12,366 dilapor hari ini

Jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 939,899

KUALA LUMPUR, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 939,899.

Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) Sabah (657) dan Pulau Pinang (460).

Sarawak merekodkan 351 kes, Melaka (309), Perak (295), Pahang (288),Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) manakala Perlis hanya dua kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button