Dunia

Lebih 100,000 jemaah Palestin sambut Aidiladha di perkarangan Al-Aqsa

Rejim Israel larang masuk masjid, jemaah solat sunat di perkarangan Bab al-Asbat

BAITULMAQDIS, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Lebih 100,000 umat Islam Palestin hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid al-Aqsa di sini, menurut agensi berita WAFA. 

Para jemaah mula berjalan ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa penjajah Israel melarang mereka memasuki perkarangan Al-Aqsa, menyebabkan kebanyakan jemaah menunaikan solat sunat fi di sekitar Bab al-Asbat. 

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci ketiga di dunia bagi umat Islam, yang turut dituntut Yahudi kerana mendakwa kawasan itu sebagai ‘Temple Mount’ – lokasi dua kuil pada zaman dahulu.

Negara pengganas Israel menjajah Baitulmaqdis Timur ketika perang Arab-Israel 1967. 

Rejim kemudian merampas seluruh bandar itu pada tahun 1980 dalam gerakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button