Berita UtamaDunia

Mesir buka sempadan Rafah, benarkan rakyat Palestin terkandas pulang

100 orang termasuk pelajar, pesakit perlu rawatan perubatan dibenar merentas

KAHERAH, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Mesir membuka jalan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza semalam, bagi membolehkan rakyat Palestin yang terkandas pulang dan menyambut Aidiladha bersama keluarga, menurut kedutaan Palestin di Kaherah.

Kedutaan mengatakan bahawa warga Palestin telah terkandas di lapangan terbang Kaherah selama berminggu-minggu sejak penyeberangan terakhir dibuka pada bulan Mei, berikutan pengeboman pengganas Israel selama 11 hari di wilayah yang dikepung.

Pembukaan sempadan membolehkan para pelajar, aktivis kemanusiaan dan mereka yang memerlukan rawatan perubatan untuk meninggalkan wilayah terkepung. 

Hampir 100 orang dilaporkan telah merentasi sempadan.

Namun, dimaklumkan bahawa sempadan akan ditutup semula mulai esok setelah Aidiladha.

Sempadan Rafah adalah titik keluar utama bagi dua juta penduduk Gaza.

Negara tidak diiktiraf Israel telah melakukan pengepungan selama 13 tahun di Semenanjung Gaza yang telah disokong oleh Mesir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button