Berita Utama

Serangan roket sasar Istana Presiden Afghanistan gagal

Serangan dilancarkan ketika Presiden hadiri solat Aidiladha

KABUL, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Beberapa bedilan roket yang dilancarkan ke arah Istana Presiden Afghanistan di Kabul dilaporkan tersasar, menurut pegawai dan laporan media pada Selasa.

Agensi Berita Xinhua menyatakan setakat ini tiada korban jiwa dilaporkan. Menurut media tempatan berlaku letupan berhampiran Istana Presiden.

“Tiga roket yang dilancarkan dari sebuah kenderaan yang ditinggalkan di sebatang jalan raya di kawasan Parwan-e-Sah. Roket itu tersasar di kawasan dekat dengan Istana Presiden,” memetik pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Serangan itu berlaku kira-kira 8 pagi Selasa waktu tempatan ketika Presiden Mohammad Ashraf Ghani dan beberapa kenamaan lain menghadiri solat Aidiladha di kawasan terbuka dekat perkarangan istana.

“Dikhuatiri ada mangsa yang terkorban. Bedilan roket itu tidak menghalang solat Aidiladha yang diadakan di perkarangan Istana Presiden diteruskan,” kata sumber itu.

Tiada kenyataan rasmi mengenai kejadian itu dikeluarkan setakat ini dan tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button