Berita Utama

Tiada kompromi individu langgar SOP solat sunat Aidiladha: KDN

Imigresen boleh usir jika video tular di Pulau Pinang babit warga asing

BANGI, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Solat Hari Raya Aidiladha di Seberang Perai Tengah, pagi tadi.

Ini susulan, tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan kumpulan lebih 200 warga asing melaksanakan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya di Taman Pelangi.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memaklumkan, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100 orang) serta surau (50 orang).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya juga mengarahkan Jabatan Imigresen (JIM) untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ia membabitkan penglibatan warga asing.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah telah pun memulakan siasatan lanjut secara terperinci.

“Selain itu, Ketua Polis Pulau Pinang juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan, terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button