Berita Utama

Pengiktirafan terhad UEC pengkhianatan terhadap anak bangsa

Dibimbangi beri laluan sijil bukan entiti awam tuntut pengiktirafan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, demikian perumpamaan sesuai dengan pengiktirafan terhad Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pengiktirafan itu jelas satu pengkhianatan kepada anak bangsa yang sanggup bersama-sama kurikulum dan sukatan pelajaran ditawarkan di institusi pendidikan kerajaan, yang tidak mahupun diyakini sesetengah ibu bapa.

Bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, pengiktirafan itu jelas memberi kesan sistem pendidikan negara kerana tidak konsisten dengan prinsip asas yang tidak boleh mencampuradukkan kategori institusi pendidikan.

Malah tidak mustahil, dengan pengiktirafan ini – pada penghujung entiti yang dikategorikan sebagai institusi pendidikan swasta – ia boleh pula menyilang masuk ke dalam insititusi pendidikan kerajaan.

Atas dasar itu, beliau menegaskan isu pengiktirafan sijil UEC untuk PISMP sepatutnya diambil kira dengan serius.

Ini memandangkan etnik Cina bukan sahaja rata-ratanya rakus, tetapi sentiasa mahu untung pada setiap masa untuk tujuan sempit bagi kepentingan diri sendiri, tanpa menghiraukan pertimbangan luas kepada etnik lain dan negara, katanya.

“Tidak dapat dinafikan pengiktirafan terhad sijil UEC untuk PISMP inilah yang menyebabkannya mahu terus dituntut untuk pengiktirafan yang lebih luas, bagi merangkumi kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam.

“Ini kerana sudah ada duluan, iaitu tindakan lampau yang boleh dijadilkan contoh untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ia juga amat tidak adil kepada mereka yang setia dalam aliran pendidikan kebangsaan dari awal sehingga akhir kerana mahu menjunjung aspirasi negara.

Lebih membimbangkan, katanya lagi, ia akan memberi laluan bagi pelbagai sijil lain yang bukan entiti awam dalam sistem pendidikan negara, untuk ikut menuntut pengiktirafan.

“Ini sudah tentu akan mengkesampingkan sijil kita sendiri yang sepatutnya dilindungi sepenuhnya dalam sistem yang kerajaan sendiri bina dalam kategori institusi pendidikan kerajaan.

“Walaupun sebagai negara demokrasi yang membenarkan liberalisme dalam bidang pendidikan, kerajaan hendaklah pertamanya mengutamakan aliran perdana negara yang dikategorikan sebagai institusi pendidikan kerajaan dalam sebarang ehwal pendidikan negara.

“Justeru tiada pengiktirafan dalam apa-apa jua bentuk untuk sijil daripada institusi pendidikan swasta, termasuk yang antarabangsa sifatnya, dalam sistem pendidikan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button