Berita Utama

Kehadiran penjawat awam ke pejabat ditentu ikut fasa PPN: KSN

Arahan selaras keputusan kerajaan terhadap perkembangan positif kadar vaksinasi

BANGI, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Ketua Jabatan di setiap perkhidmatan kerajaan perlu menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan di pejabat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 26 Julai ini. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, arahan itu selaras dengan keputusan kerajaan yang bersetuju dengan perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan kepada perkembangan positif kadar vaksinasi negara. 

“Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah hendaklah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah.

“Ketua Jabatan perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button