Berita Utama

Menteri Muda Sarawak dedah sindiket edar dadah percuma kepada pelajar

Ianya sebagai taktik untuk menjebak mereka menjadi penagih

KUCHING, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis hari ini mendedahkan ada sindiket di negeri ini yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik menjebak mereka menjadi penagih.

Tanpa mendedahkan secara terperinci kegiatan sindiket berkenaan, beliau berkata situasi tersebut cukup membimbangkan kerana pelajar sekolah merupakan sasaran yang mudah.

“Dia (pelajar sekolah) diberi percuma dulu, sudah pandai, dia sudah seronok, dia mahu beli lagi, kalau tidak ada bekalan dia akan cari (dadah dari sindiket berkenaan),” katanya dalam sidang media bagi membentangkan laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya pelajar yang sudah ketagih kemudiannya akan meminta duit daripada ibu bapa bagi membeli bekalan dadah dan ada yang terus berhenti sekolah.

Katanya Sarawak merekodkan sebanyak 4,259 tangkapan membabitkan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Januari lalu dengan daerah Kuching mencatatkan tangkapan tertinggi seramai 1,157 orang.

β€œIni diikuti daerah Bintulu dengan seramai 392 orang, Sibu 329 orang, Samarahan 325 orang dan Miri 317 orang,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button