Berita Utama

Bersatu Ranau bahagian pertama bubar selepas 4 MP keluar parti

Hormat jasa Bersatu, ambil tindakan demi kestabilan politik

KOTA KINABALU, 17 Jamadilawal 1444H, Isnin – Parti Bersatu bahagian Ranau kini yang pertama bubar selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan tiga yang lain mengumumkan meninggalkan parti itu secara ‘en-bloc’.

Bahagian Ranau Bersatu yang diketuai Datuk Seri Masidi Manjun secara rasmi dibubarkan berikutan mesyuarat di Pusat Khidmat Rakyat Karanaan di Ranau pada hari ini (12 Disember).

Keputusan jawatankuasa bahagian Ranau membenarkan pembubaran bahagian secara automatik.

Masidi, yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, langkah keluar parti telah dimaklumkan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kami menyertai Bersatu dengan cara yang baik dan sudah tentu apabila kami membuat keputusan untuk meninggalkannya, ia pasti akan dengan cara yang baik.

“Kami menghormati dan berterima kasih kepada Bersatu atas segala jasanya kepada kami, tetapi tindakan ini perlu diambil bagi memastikan kestabilan politik dan pembangunan berterusan negeri ini,” kata Masidi, yang merupakan Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah.

Susulan pembubaran bahagian itu, cawangan di Ranau juga akan dibubarkan oleh jawatankuasa cawangan masing-masing.

Pada hari Sabtu (10 Disember), Hajiji mengumumkan bahawa Bersatu Sabah akan secara en-bloc meninggalkan dan kekal menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

GRS dan Barisan Nasional Sabah adalah gabungan yang membentuk kerajaan negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button