Berita UtamaDunia

Tiada jemaah haji dijangkiti COVID-19

356 individu direkod langgar peraturan kesihatan

JEDDAH, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan tidak ada jangkitan coronavirus atau penyakit lain di kalangan jemaah.

Ini susulan jemaah haji yang mengambil bahagian dalam mengerjakan ibadah haji tahun ini berjaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang meluas di semua tempat suci.

Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Mohammed Al-Abd Al-Aly ketika sidang media bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Haji dan Umrah semalam.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Letnan Kolonel Talal Al-Shalhoub berkata, lebih ramai anggota polis hadir untuk mengawasi langkah-langkah kesihatan COVID-19.

Bagaimanapun katanya, 356 pelanggar ketika mengerjakan haji dilaporkan – sebilangan besar cuba untuk ke tempat suci tertentu di Muzdalifah, Gunung Arafat dan Masjidil Haram.

“Saya ingin menegaskan pentingnya melaksanakan langkah keselamatan haji dan menghindari pelanggaran,” kata Al-Shalhoub.

Arab Saudi mengesahkan 14 kematian berkaitan COVID-19 baharu semalam, meningkatkan jumlah kematian kepada 8,075.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 1,273 kes baharu yang dilaporkan di negara itu dalam tempoh 24 jam lepas.

Secara keseluruhan hingga kini, 512,142 orang dijangkiti penyakit itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button