Berita UtamaDunia

Palestin rekod 17 kes kematian baharu COVID-19

11 kematian di Tebing Barat, enam di Gaza

GAZA, 28 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Palestin mengesahkan 17 kematian baharu akibat pandemik coronavirus pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila berkata, 11 kematian dilaporkan di Tebing Barat yang dijajah dan enam di Semenanjung Gaza.

Katanya, 639 orang diuji positif untuk virus tersebut, dengan jumlah keseluruhan 124,641 kes, termasuk 1,079 kematian, dan 98,518 pulih.

“93 pesakit masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) , di mana 30 pesakit berada di ventilator,” katanya.

Bermula di China pada akhir Disember tahun lalu, wabak coronavirus telah merebak ke seluruh dunia, meragut lebih dari 1.6 juta nyawa di 191 negara dan wilayah.

Menurut angka terbaharu dari Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat (AS), virus itu menyebabkan hampir 71.76 juta jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button