Berita UtamaDunia

Varian Delta merebak, sekatan pergerakan di Australia diperketat

Penduduk diarah duduk rumah tujuh hari hingga awal minggu depan

SYDNEY, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Lebih separuh daripada 25 juta penduduk Australia berada dalam sekatan pergerakan COVID-19 yang ketat susulan penularan varian Delta di tiga bandar utama di negara itu.

Arahan duduk di rumah telah dikuat kuasakan kepada sejumlah besar negara ketika kerajaan tergesa-gesa mencegah wabak coronavirus terburuk tahun ini.

Sydney – bandar terbesar di Australia – berada dalam minggu keempat untuk tempoh lima minggu sekatan pergerakan sementara Victoria dan ibu kotanya Melbourne melanjutkan sekatan duduk di rumah selama tujuh hari hingga awal minggu depan.

Australia Selatan mengumumkan sekatan ketat sepanjang minggu pada Selasa berikutan kes merebak di ibu negara Adelaide.

Semalam, Victoria melaporkan kenaikan harian terbesar dalam kes COVID-19 yang diperoleh secara tempatan dalam lebih daripada seminggu.

Dua puluh dua kes tempatan dikesan – meningkat daripada sembilan hari sebelumnya – menjadikan jumlah kes dalam wabak terbaru lebih 100.

Semua kes baharu dikaitkan dengan wabak semasa.

Walaupun kes berkurang dalam tiga hari terakhir di Sydney, pihak berkuasa masih mencari penambahan kes tidak berkaitan yang berpotensi membahayakan pelan pembukaan semula bandar raya itu pada 30 Julai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button