Berita UtamaDunia

Kabinet Jerman lulus dana RM1.99 bilion bantu mangsa banjir

Calon penerima tidak perlu disaring, pemberian sumbangan akan diberikan dalam proses tak birokratik

BERLIN, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Kabinet Jerman meluluskan pakej bantuan segera sekitar 400 juta euro (RM1.99 bilion) untuk mangsa-mangsa banjir besar minggu lalu.

Menteri Kewangan, Olaf Scholz mengatakan pada hari Rabu bahawa masih banyak dana yang mampu disediakan untuk membantu orang ramai berdepan dengan kesan akibat bencana alam jika diperlukan.

“Kami akan melakukan apa yang diperlukan untuk membantu semua orang secepat mungkin,” katanya kepada wartawan di ibu kota, Berlin.

Pakej ini akan dibiayai separuh oleh kerajaan Persekutuan dan separuh lagi oleh 16 kerajaan negeri Jerman.

Pihak berkuasa di dua negeri Rhineland-Palatinate dan Rhine-Westphalia Utara yang terjejas bertanggungjawab untuk menentukan individu mana yang layak menerima bantuan dan berapa jumlahnya.

Tetapi Scholz mengatakan mereka telah menunjukkan bahawa tidak akan ada saringan cara terhadap calon penerima dan wang tersebut akan dibahagikan dalam ‘proses yang tidak birokratik’.

“Adalah mustahak untuk membawa mesej  dengan segera bahawa kita masih masa depan, kita menjaganya bersama, dan ini adalah sesuatu perkara buat kita sebagai seluruh negara untuk bantu,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button