Berita UtamaDunia

Letupan di pasar Gaza ragut 1 nyawa, puluhan lagi cedera

Punca letupan masih belum jelas, siasatan sudah dibuka

GAZA, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Seorang maut manakala 10 yang lain cedera apabila berlaku letupan di sebuah pasar sehingga menggegarkan Bandar Gaza.

Warga Palestin yang terbunuh dalam letupan itu dikenal pasti oleh penduduk bandar sebagai Atta Saqallah.

Sebilangan mangsa yang cedera parah akibat insiden letupan di pasar Zawiya hari ini dibawa ke Hospital Shifa untuk mendapatkan rawatan.

Kementerian Dalam Negeri dikendalikan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin – Hamas – berkata, letupan berlaku di sebuah rumah bertingkat di pasar Zawiya, menyebabkan bangunan runtuh.

Bahkan rumah dan kedai yang berdekatan juga mengalami kerosakan.

Jurucakap kementerian, Iyad al-Buzum berkata, pasukan polis, pertahanan awam dan ambulans telah digerakkan ke kawasan kejadian.

Punca letupan belum jelas dan pihak berkuasa tempatan telah membuka siasatan berhubung keadaan itu.

Pasukan pertahanan awam dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berlaku di sebuah kedai pengedar gas di bawah bangunan tiga tingkat.

Video daripada lokasi kejadian yang disiarkan di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam tebal serta kerosakan besar yang berlaku pada struktur berdekatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button