Berita Utama

Goldman Sachs tuntut semula RM722 juta gaji, bonus bekas eksekutif

David Solomon, Lloyd Blankfein beberapa ahli perbankan terbabit secara langsung

NEW YORK, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Selepas mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dalam penyelesaian satu siasatan jenayah, Syarikat Goldman Sachs mengumumkan mereka akan menuntut semula gaji dan bonus sebanyak AS$174 juta (RM722.10 juta) yang dibayar kepada beberapa bekas eksekutifnya berikutan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Goldman dalam satu kenyataan berkata, tuntutan bayaran itu juga melibatkan Ketua Eksekutif, David Solomon dan pemegang jawatan tersebut sebelum ini, Lloyd Blankfein serta beberapa ahli perbankan yang terlibat secara langsung dengan kes berkenaan.

“Goldman Sachs bertanggungjawab atas peranannya dalam konspirasi untuk menyuap pegawai asing yang berpangkat tinggi untuk mendapatkan jaminan dan perniagaan lain yang menguntungkan yang berkaitan dengan 1MDB,” kata Pemangku Penolong Peguam Negara Bahagian Jenayah DOJ, Brian C Rabbit.

Semalam, firma kewangan global, Unit Goldman Sachs Malaysia (Goldman Sachs) didenda AS$2.9 bilion (RM12 bilion) kerana berkonspirasi melanggar Undang-undang Amerika Syarikat (AS) dalam skandal rasuah 1MDB.

Menurut pegawai kerajaan AS, syarikat itu dikenakan penalti AS$2.3 bilion (kira-kira RM9.5 bilion) termasuk rampasan pemerolehan AS$606 juta (kira-kira RM2.5 bilion).

Goldman juga akan membayar AS$1.26 bilion (kira-kira AS$5,2 bilion) kepada Perbendaharaan AS, tidak termasuk bayaran kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika (SEC), pihak berkuasa di Britain, Singapura dan Hong Kong.

Goldman sebelum ini mengaku tidak bersalah dan bersetuju untuk perjanjian penyelesaian bagi mengelak tindakan pendakwaan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button