Berita Utama

Syed Saddiq akan didakwa hari ini atas 2 pertuduhan

Antaranya babit pertuduhan pecah amanah wang RM1 juta

KUALA LUMPUR, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

Mengikut sistem mahkamah, kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.

Sementara itu, menurut sumber, Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Sumber berkata kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button