Berita UtamaDunia

Tel Aviv sifatkan kempen boikot ekonomi Israel tindakan keganasan

Pemimpin negara haram bertekad bertindak balas secara agresif

TEl AVIV, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Presiden Israel, Isaac Herzog menyifatkan tindakan boikot terhadap Israel kerana masalah hak asasi manusia sebagai satu ‘jenis terorisme baharu’, selepas Ben & Jerry memutuskan untuk menghentikan penjualan aiskrim di penempatan haram rejim Zionis.

Ben & Jerry yang sudah lama menjadi sasaran Boikot, Penjualan dan Sekatan produk Israel (BDS) pimpinan Palestin mengumumkan, awal minggu ini bahawa ia akan menghentikan penjualan ke penempatan Israel di Baitulmaqdis Timur dan seluruh Tebing Barat yang diduduki sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Israel.

“Ini merupakan keganasan yang bertujuan untuk membahayakan warganegara Israel dan ekonomi Israel. Kita mesti menentang boikot dan keganasan ini.

“Kempen BDS tidak mengejar kedamaian dan berupaya untuk memusnahkan kewujudan negara Israel,” katanya sambil menegaskan bahawa semua pemimpin Israel selama bertahun-tahun bertindak balas secara agresif terhadap tindakan sedemikian.

Gerakan BDS sebelum ini sering berusaha untuk mencabar segala pelanggaran hak asasi manusia Israel melalui boikot ekonomi, budaya dan akademik sama seperti kempen boikot yang berjaya dalam aparteid Afrika Selatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button