Berita UtamaDunia

Lagi kes penduduk Palestin dibunuh rejim Zionis

Tukang paip terbunuh kerana dekati tentera dengan palang besi

RAMALLAH, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Hanya kerana mendekati tentera dengan palang besi, seorang penduduk Palestin di Tebing Barat maut dibunuh askar negara pengganas Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, insiden pembunuhan itu berlaku semalam di Tebing Barat yang diduduki.

Sebilangan penduduk tempatan menjelaskan lelaki yang dibunuh di pintu masuk ke kampung Beita berhampiran bandar Nablus sebagai tukang paip berusia 41 tahun yang pulang dari tempat kerja ketika dia ditembak mati.

“Tidak ada gangguan di sana pada masa itu,” kata penduduk tempatan.

Jurucakap tentera pengganas Israel mendakwa, warga Palestin yang membawa palang besi itu, telah ‘mara dengan pantas’ ke ke arah tentera walaupun mereka melepaskan tembakan amaran di udara.

“Ketika suspek terus maju, komander melepaskan tembakan ke arah suspek,” katanya sambil menambah kejadian itu akan disiasat.

Tebing Barat antara wilayah rakyat Palestin mencari kenegaraan.

Keganasan berlaku di sana sejak perbincangan yang ditaja Amerika Syarikat (AS) antara Palestin dan Israel terhenti pada tahun 2014. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button