Berita Utama

Kes COVID-19 di Sarawak terus berkurangan

Kuching catat kes baharu paling tinggi

KUCHING, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun kepada 261 hari ini berbanding 461 semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri itu kini 73,579.

Antara daerah yang mencatatkan kes baharu paling tinggi adalah Kuching dengan 119 kes, Lundu (25) dan Pakan (23).

“Hari ini juga terdapat 302 kes yang telah pulih dan 4,253 kes masih aktif dengan dua kematian direkod,” menurut kenyataan itu.

JPBN Sarawak turut memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Kanchong Baru, Gedong bermula hari ini hingga 6 Ogos. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button