Berita UtamaDunia

Kes melonjak, Hanoi perketat sekatan pergerakan 15 hari

Larang himpunan lebih daripada dua orang di khalayak

HANOI, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Vietnam terpaksa melaksanakan sekatan pergerakan selama 15 hari di ibu kota Hanoi susulan lonjakan penularan wabak COVID-19 dari wilayah Delta Mekong selatan.

Arahan sekatan yang dikeluarkan lewat malam Jumaat melarang perhimpunan lebih daripada dua orang di khalayak ramai.

Selain itu, hanya pejabat kerajaan, hospital dan perniagaan penting yang dibenarkan untuk terus dibuka.

Awal minggu ini, bandar itu telah menghentikan semua aktiviti luar dan mengarahkan perniagaan yang tidak penting ditutup berikutan peningkatan kes.

Semalam, Hanoi melaporkan 70 jangkitan – yang tertinggi di bandar – sebahagian daripada 7,295 kes di negara itu dalam 24 jam terakhir.

Hampir 5,000 daripadanya dari metropolis terbesar di Vietnam, Bandar Ho Chi Minh selatan, yang juga telah melanjutkan sekatan pergerakan sehingga 1 Ogos.

Dalam gelombang terbaru COVID-19 sejak April, Vietnam telah mencatatkan lebih dari 83,000 jangkitan dan 335 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button