Berita Utama

KPM dalam fasa akhir teliti dasar pertukaran guru

Kekosongan jawatan, keperluan opsyen mata pelajaran di negeri, tempat dimohon pertimbangan utama

KUALA LUMPUR, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam fasa akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dasar pertukaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya sedar isu permohonan pertukaran guru telah berlarutan bertahun lamanya.

“Dari pagi tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru ini. Insya-Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, perkara yang penting dalam menimbang permohonan pertukaran guru adalah memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

“Ini bermaksud kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button