Berita Utama

Long Tiger didakwa esok

Hadapi tuduhan lakukan ugutan, kurung bekas pekerja

JOHOR BAHRU, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Seorang lelaki Rohingya – dikenali sebagai ‘Long Tiger’ – akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju melakukan pendakwaan kes itu selepas meneliti kertas siasatan.

“Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada esok mengikut dua pertuduhan iaitu Seksyen 506 (mengugut) dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan yang salah),” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu, Long Tiger ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya.

Ia membabitkan kesalahan mengurung bekas pekerjanya yang juga warga tempatan berusia 21 tahun dan dia ditahan reman selama empat hari bermula 13 hingga 16 Julai lalu.

Long Tiger dilaporkan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi, termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Lelaki berkenaan juga mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol, namun telah selesai menjalani hukuman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button