Artikel Khas

Malaysia kedua terbaik di dunia

Mampu kalahkan negara maju lain dalam prestasi program vaksinasi

MALAYSIA diiktiraf sebagai negara kedua terbaik di dunia selepas Singapura dalam prestasi program vaksinasi dengan purata harian vaksinasi 0.96 bagi setiap 100 orang (Singapura pada tahap 1.3).

2) Data yang dikeluarkan oleh Oxford Martin School ini menunjukkan negara kita turut mengalahkan banyak negara-negara maju dunia lain termasuklah AS, UK dan Korea Selatan.

3) Sehingga kini lebih 10 juta orang (separuh populasi dewasa Malaysia) telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan lebih 5 juta orang telahpun melengkapkan kedua-dua dos.

4) Pengalaman peribadi saya menerima suntikan di MIECC yang merupakan salah satu dari 3 PPV mega (kapasiti 8,000 orang sehari) cuma mengambil jumlah masa 20 minit dengan kecekapan perkhidmatan bertaraf dunia.

5) Dengan kapasiti harian nasional yang telah mencecah lebih setengah juta sehari, semua penduduk dewasa di Selangor dan KL akan menerima sekurang-kurangnya dos pertama sebelum 1 Ogos.

6) Manakala seluruh populasi dewasa negara dijangka akan melengkapkan kedua-dua dos sebelum berakhir tahun 2021

7) Sama-sama kita doakan Malaysia akan mampu mencapai imuniti kelompok secepat mungkin dan vaksin yang telah diberikan akan mampu melindungi kita terhadap pelbagai jenis varian baharu yang mungkin tiba

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim 
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button