Berita UtamaDunia

Hakis kebebasan, ratusan ribu protes sekatan COVID-19 di beberapa negara

Kewujudan pas kesihatan cetus kemarahan di Perancis, Itali, UK

PARIS, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Puluhan ribu rakyat di beberapa negara termasuk Perancis memprotes langkah anti-COVID-19, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan di ibu kota Paris.

Kira-kira 160,000 orang turun ke jalan raya dalam protes di seluruh negara terhadap pas kesihatan Presiden Emmanuel Macron yang secara drastik akan mengurangkan akses ke restoran dan ruang awam bagi individu tidak divaksinasi.

Skema sama yang dipanggil ‘pas hijau’, turut mencetuskan kemarahan di seluruh Itali.

Penduduk di Rom, Napoli dan Turin yang menyertai protes bantahan melaungkan ‘kebebasan’ dan ‘turun dengan pemerintahan diktator’ atas rancangan ‘pas hijau’.

Sijil itu akan diperlukan mulai awal bulan depan untuk makan di restoran dan mengunjungi pawagam – antara aktiviti dalaman yang lain.

Selain itu, ribuan penunjuk perasaan melakukan bantahan di London, menentang tindakan yang mereka sifatkan sebagai hakisan kebebasan awam.

Peserta berkata, aplikasi cari dan jejak kerajaan United Kingdom (UK) mengehadkan pergerakan mereka, dengan lebih daripasa 600,000 orang diminta untuk mengasingkan diri untuk tempoh satu minggu bulan ini.

Himpunan bantahan itu berlaku seminggu selepas kebanyakan sekatan coronavirus di England dilonggarkan.

Sebelum ini, puluhan penunjuk perasaan ditahan selepas perarakan tanpa izin di Sydney, bandar terbesar di Australia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button